Wednesday, September 15, 2010

TaTkAlA Tuhan MeNcIpTa MaNuSiA

Al-Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah S.W.T. yakni Adam 'alaihis-salam (as),dalam surah al-Baqarah,ayat 30-38,seperti berikut :

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat :"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini ;"mereka berkata : " Adakah engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?" Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."(30)

Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya,kemudian ditunjukkannya malaikat,lalu Dia berfirman : "Terangkanlah kepada aku nama benda-benda ini semuanya,jika kamu golongan yang benar". (31)

Malaikat berkata,"Mahasuci Engkau,kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana." (32)

Allah berfirman,"Wahai Adam,terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka."Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka,Allah berfirman,"Bukankan Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?'.(33)

Dan ketika Kami berfirman kepada Malaikat : "Tunduklah kepada Adam;"lalu mereka semua tunduk memberi hormat,melainkan iblis.Dia enggan dan takbur,dan jadilah dia dari golongan yang kafir.(34)

Dan Kami berfirman: "Wahai Adam,tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah makanannya apa saja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini;(jika kamu hampiri) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yang zalim."(35)

Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada didalamnya ,dan Kami berfirman: "Turunlah kamu,sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain,dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi,serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa."(36)

Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat,lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah,Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihani.(37)Kami berfirman ,"Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjukdari-Ku,maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak akan berduka."(38)



Monday, September 13, 2010

Jadilah manusia yang bersyukur

Setelah 4 ari beraya bermakna 4 ari jugaklah Ramadhan telah meninggalkan kita.Ramadhan thn ni byk mninggalkan kenangan kepada kita sbg seorg hamba Allah.Secara umumnya Puasa yang dianjurkan di dalam Islam adlah sbgai mrasa ksushn y d rsai oleh org y kurg bnasib baik.Seharusnya kita bersyukur thdap sgala rzeki yang tlh di anugerahkn kepada kita y mlimpah ruah.Rasulullah s.a.w. juga ad menyebut bhawa puasa adlah ubt kpda pnyucian rohani mahupun ksihatan tbuh bdn mnusia itu sndri.Selama 11 buln kita melayari hari2 dgn pnuh ksenangan tnpa mnyedari ksusahan y d hdapi oleh umat Islam d ngara lain sperti Afganistan,Pakistan dan lain2.Maka tibanya bulan Ramadhan utk mgigatkn kta kpd pkara tsebut.Selain itu juga,Islam juga mganjurkan kita utk mringankn tgn utk bsedekah.Sedekah y d berikan akn d blas oleh Allah blipat kali gnda....InsyaAllah...Dalam msa y sma umat Islam trut d wajibkan untk mgeluarkn zakat bg mreka y mmpu.Zakat mrupakan suatu kwajipan y perlu d tunaikan sbgai mringankn beban y d tggung oelh glongan fakir miskin.Mereka jga mnusia sperti kita y mpunyai prasaan dan nfsu utk makn dan mnum.Dengan zakat y diberikan maka dpatlah mringankn bebn mreka utk mbeli sdkit mknn utk d jamukn kluarga mreka (glongan fakir).Maka Sbagai umat Islam y beriman wajib bg kita mgeluarkn zakat samada zakat harta mahupun zakat binatang ternakan.Bersyukurlah kita ke hadrat Ilahi kerana dpat merasa nkmat yang dianugerahkan.Semoga kita tgolong dalam glongan y bertaqwa...=)